Malam Gemilang Putra 2016 (MGP'16) Annual Dinner | THIRTEENTH COLLEGE

Malam Gemilang Putra 2016 (MGP'16) Annual Dinner

SERDANG, 24 APRIL – Kolej Tiga Belas telah menganjurkan majlis makan malam apresiasi pelajar tahun akhir atau lebih dikenali sebagai Malam Gemilang Putra 2016. Majlis makan malam ini melibatkan kesemua ahli Majis Tertinggi Mahasiswa Kolej Tiga Belas sesi 2015/2016 serta semua warga Kolej Tiga Belas khususnya pelajar asasi dan pelajar ijazah tahun akhir. Majlis ini dilangsungkan di The Everly, Putrajaya. Saudara Mohd Farouk bin Nordin selaku pengarah program dan dibantu oleh Ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa yang lain membawa konsep “Fame, Glory, Elegance” sebagai pembaharuan untuk majlis makan malam pada kali ini. Objektif utama program ini adalah untuk meraikan pelajar-pelajar Kolej Tiga Belas yang telah menyumbang idea,usaha dan tenaga untuk mengharumkan nama kolej sama ada di peringkat universiti mahupun antarabangsa sepanjang mereka bergelar warga Kolej Tiga Belas. Program ini juga bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah banyak menyumbang jasa kepada kolej. Petang 24 April 2016, semua pelajar yang diraikan berkumpul di Dataran Phoenix untuk bergerak ke Putrajaya dan seterusnya untuk memudahkan sesi pendaftaran pelajar. Majlis tersebut mempunyai dua sesi iaitu sesi formal dan juga tidak formal. Majlis ini dimulakan dengan sesi formal terlebih dahulu iaitu antaranya ialah sesi pengenalan pelajar tahun akhir, makan malam, sesi persembahan pelajar, sesi ucapan dari tetamu kehormat iaitu YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris dan sesi pemberian anugerah kepada para pemenang. Selesai sesi formal, majlis ini diteruskan dengan sesi tidak formal iaitu untuk pemberian sijil kepada para pelajar. Alhamdulillah program ini berjalan dengan baik dan mendapat kerjasama yang sewajarnya dari semua pihak. 

Para penerima anugerah untuk Malam Gemilang Putra 2016 ialah:

ANUGERAH PERDANA GEMILANG PUTRA
  • Muhammad Faiz bin Mohd Yunus
ANUGERAH GEMILANG PUTRA KEUSAHAWANAN
  • Muhammad Faris bin Jaafar
ANUGERAH GEMILANG PUTRA AKADEMIK
  • Khairuddin Akmal bin Mohamad Kamal
ANUGERAH GEMILANG PUTRA KEPIMPINAN
  • Nur Fatehah binti Kamaruzaman
ANUGERAH GEMILANG PUTRA SUKAN
  • Khairuddin Akmal bin Mohamad Kamal (L)
  • Nurul Syafiqa binti Norsam (P)
ANUGERAH GEMILANG PUTRA SENI BUDAYA
  • Amirullah bin Abdul Rasif (L)
  • Aeliz Sofiehazzlin binti Hashim (P)
ANUGERAH GEMILANG PUTRA JASA BAKTI
  • Mohamad Azren Putra bin Mat Desa
  • Faiz Haziq bin Abdul Rahim
  • Mohd Farouk bin Nordin
ANUGERAH GEMILANG PUTRA TUNAS CEMERLANG
  • Noor Raffiq Danial bin Mohd Rafflis
ANUGERAH GEMILANG PUTRA TUNAS HARAPAN
  • Anis Asyila binti Marzlan
ANUGERAH KHAS PUTRA
  • Hasan Mohamed Zakaria
  • Najihah binti Mustapa
  • Amirul Aizad bin Johana
  • Muhammad Hazim bin Zainal
  • Zulhakim bin Wahed
  • Abdul Hanif bin Awang
  • Abdu Qayyuum bin Hashim
  • Nurul Af'rina binti Mat Rusdi
  • Izz binti Ismail
  • Sharlina binti Ahmad Sharizal Azuar
  • Lutfi Amir bin Nor Alahyadi
  • Wan Amiratul Adawiyah binti Mohd Nizlan
  • Muhammad Luqman bin Mohd Radzai
  • Ahmad Danish bin Zulkurnain

Updated:: 27/08/2017

MEDIA SHARING

THIRTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467413
0386566461
C1511190462