UTAMA | KOLEJ TIGA BELAS

ASASI SAINS PERTANIAN

UPM menawarkan program sepenuh masa kepada calon yang layak kepada pemegang SPM/kelayakan setaraf untuk program Asasi Sains Pertanian. Para pelajar Asasi Sains Pertanian akan ditempatkan di Kolej Tiga Belas dan beberapa kolej kediaman lain berdasarkan jumlah keseluruhan pelajar mendaftar untuk Asasi Sains Pertanian. Pendaftaran dan maklumat lanjut tentang program ini boleh diperoleh melalui aplikasi dalam talian seperti di sebelah.

PRASISWAZAH

UPM menawarkan program sepenuh masa kepada calon yang layak kepada pemegang STPM/Setaraf, Matrikulasi/Asasi, pemegang Diploma/kelayakan setaraf sebagai syarat kemasukan Ijazah Sarjana Muda UPM. Para pelajar prasiswazah akan ditempatkan di Kolej Tiga Belas berdasarkan kuota yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti. 

PASCASISWAZAH

Pihak Kolej Tiga Belas juga menerima penempatan untuk para pelajar pasca siswazah sepanjang mereka melangsungkan pengajian mereka di UPM.

Pihak UPM menyediakan rangkaian aplikasi secara online untuk para pelajar UPM, pelbagai kelengkapan teknologi dan juga kemudahan bagi menjamin keselesaan para pelajar. Manakala pihak Kolej Tiga Belas pula mendukung impian UPM dan merealisasikannya dengan menyediakan perkhidmatan dan penginapan yang kondusif, ceria dan bersih untuk membantu para pelajar dalam pembelajaran masing-masing. 

Kolej Tiga Belas juga menerima tempahan untuk menginap di kolej kediaman ini bagi para pelajar prasiswazah, pascasiswazah, agensi luar, universiti lain dan sebagainya jika terdapat majlis atau program yang dianjurkan oleh pihak universiti dengan kadar bayaran yang tertentu. Butiran lanjut mengenai kadar bayaran yang dikenakan boleh didapati dipautan-pautan yang terdapat di sebelah kanan paparan laman web ini.

Saban tahun para pelajar Kolej Tiga Belas yang pernah menetap di sini akan meninggalkan kolej dan memasuki ruang pekerjaan. Alumni Kolej Tiga Belas dialu-alukan untuk mengikuti dan mendaftar dengan Pusat Alumni UPM untuk terus berkhidmat dan berbakti dengan komuniti masyarakat selaras dengan seruan moto UPM, "Berilmu dan Berbakti." 

Bukan itu saja, alumni-alumni Kolej Tiga Belas yang pastinya mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing dialu-alukan untuk mengisi Borang Alumni Kolej Tiga Belas dengan harapan segala informasi yang diberikan boleh digunakan untuk dihubungi semula bagi menjayakan program-program anjuran Kolej Tiga Belas yang memerlukan sokongan alumni seperti program reunion, bual bicara bersama Ex-Officio MTM bagi setiap sesi dan program santai bersama para pelajar yang masih menetap di Kolej Tiga Belas. Capaian tersebut boleh didapati di sini.

artikel
PENDAFTARAN KURSUS
Pendaftaran Kursus bermaksud pendaftaran untuk setiap kursus pengajian, dan termasuklah perubahan kursus pengajian melalui Sistem Maklumat Pelajar (SMP)
UPM meraih tempat kedua dalam Program Pembinaan Bakat Siswa 2017
Pertandingan Nasyid IPT/MAKUM Kebangsaan 2017
Artikel-artikel lain...
berita
Global Leadership Programme 2018
SERDANG, 16 Januari 2018 - Seramai 22 orang peserta yang diketuai oleh En Hasan selaku pegawai pengiring telah bertolak ke Jepun tepat jam 2.15 petang bagi mengikuti program Global Leadership Programme 2018 bertempat di Kyushu Institute of Technology, Jepun. Program mobiliti ini adalah di bawah Look East Policy Program di antara UPM dengan Kyutech. Semoga perjalanan kami mendapat limpah dariNya.
pengumuman
Tiada tawaran sebutharga.


MAKLUMAT LANJUT: http://etender.upm.edu.my

Tiada tawaran jawatan kosong.


MAKLUMAT LANJUT: SPJOnline

aktiviti
ikuti kami
B1566719366