SOALAN LAZIM | KOLEJ TIGA BELAS
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

PENGINAPAN
1
Apakah peranan utama kolej-kolej di UPM?

Menyediakan penginapan yang kondusif kepada pelajar.

2
Berapakah jumlah kolej-kolej di UPM?

17 kolej di Kampus Serdang dan 1 kolej di Kampus Bintulu.

3
Apakah kemudahan-kemudahan yang ada di kolej-kolej UPM?

Kolej-kolej menyediakan kemudahan penginapan serta kemudahan dan peralatan untuk aktiviti pelajar.

4
Apakah jenis-jenis kemudahan penginapan yang disediakan?

Penginapan 6 orang sebilik

5
Bagaimanakah cara untuk memohon penyewaan penginapan di kolej?

Permohonan boleh dikemukakan terus ke pejabat am kolej berkaitan (rujuk laman web UPM di www.upm.edu.my)

6
Apakah yang dimaksudkan dengan kolej-kolej di UPM?

Kolej-kolej di UPM digunakan untuk penginapan pelajar yang mengikuti pengajian di UPM

7
Siapakah yang menghuni Kolej Tiga Belas?

Pelajar Asasi Sains Pertanian, pelajar Bacelor, pelajar Master dan pelajar Phd.

8
Berapakah kadar sewa bilik di Kolej Tiga Belas?

Kadar sewa ditetapkan mengikut kategori. Sebagai pelajar UPM/IPTA/sekolah, kadar sewa yang dikenakan adalah RM 14.00/seorang/sehari/sebilik termasuk penggunaan cadar dan bantal disediakan. Untuk maklumat lanjut bagi kategori lain, sila klik disini atau boleh rujuk terus di paparan Kemudahan > Penginapan > Bilik > Kadar Sewa Bilik Penginapan Pelajar 

9
Adakah bantal disediakan untuk pelajar baharu?

Tidak, pihak Kolej Tiga Belas hanya menyediakan tilam sahaja. Bantal, cadar dan keperluan lain perlulah dibawa oleh pelajar itu sendiri.


PENTADBIRAN
10
Siapakah pengetua Kolej Tiga Belas?

Prof. Madya Dr. Arifin Abdu

11
Siapakah saya perlu hubungi jika ingin berurusan?

Anda boleh menghubungi pengurus Kolej Tiga Belas, Pn. Nurazlin Jaafar atau Pembantu Operasi Kolej Tiga Belas di talian 0389467413.

Kemaskini:: 26/09/2016 [rahiza]

KOLEJ TIGA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697411
0386566461
B1566720375